Jawatan Terkini Institut Sukan Negara (ISN)

Jawatan Terkini Institut Sukan Negara (ISN)

Jawatan Terkini Institut Sukan Negara (ISN) ok? Permohonan kekosongan Jawatan Kosong Institut Sukan Negara (ISN) telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat.

Mengenai Institut Sukan Negara (ISN) :

Pada 14 Mac, bacaan pertama bagi Rang Undang-Undang ISN di Dewan Rakyat telah dibentangkan dan diikuti bacaan kedua pada 16 Jun tahun 2011 dan bacaan ketiga pada 27 Jun tahun 2011 di Dewan Rakyat.

Bacaan pertama, kedua dan ketiga bagi Rang Undang-Undang ISN seterusnya telah dibaca dan dibentangkan pada 6 dan 7 Julai 2011 di Dewan Negara. Pada 5 Ogos 2011, Rang Undang-Undang ISN tersebut telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pada 16 September tahun 2011, Akta ISN Bil. 729 telah dikuatkuasakan. 




Seterusnya ISN diumumkan sebagai Badan Berkanun Persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan.



Maklumat Kekosongan Jawatan di Institut Sukan Negara


1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
3. PEGAWAI FARMASI UF44/48

Cara Untuk Memohon : (Permohonan Di Bawah)



PERMOHONAN


Permohonan mestilah menggunakan BORANG PERMOHONAN KERJAYA ISN (boleh didapati di pautan dibawah) dengan menyertakan SALINAN dokumen - dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil SPM/MCE, HSE/STPM atau setaraf;
iii. Ijazah dalam bidang berkaitan (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
iv. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji; dan
v. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat).

Sila hantar secara terus atau pos permohonan yang lengkap kepada :

JABATAN SUMBER MANUSIA
ARAS 1, BAHAGIAN PENGURUSAN
INSTITUT SUKAN NEGARA
57000 SRI PETALING,
KUALA LUMPUR

(U.P: UNIT PERJAWATAN & PERKHIDMATAN)

Sila share di facebook , twitter dan whatsapp supaya semua orang akan mendapat manfaatnya. Terima kasih dan selamat mencuba.

0 comment... add one now