Pegawai Polis tu tanya, "Kenapa Nak Jumpa Najib?" Jawapan Dato' Shahaniza Buat Netizen Gigit Jari

Pegawai Polis tu tanya, "Kenapa Nak Jumpa Najib?" Jawapan Dato' Shahaniza Buat Netizen Gigit Jari


Terimakasih kepada pihak polis yang membenarkan saya dan kawan-kawan mengunjungi DSN di rumahnya tadi. Pegawai Polis tu tanya, " kenapa nak jumpa?" " saya jawab," masa dia senang dulu selalu datang jumpa bawa masalah rakyat,kini dia dalam keadaan sukar,saya datang jugalah untuk beri semangat.." Jawapan saya disambut dengan senyuman mesra pegawai polis tersebut. " Betul lah ye kak..susah senang bersama.." katanya. Setelah meminta IC saya untuk dicatitkan, saya dibenarkan masuk.

Dipendekkan cerita, saya dapat bertemu dia. Dia nampak tenang macam biasa. " Jangan sedih,Islam tak ajar kita bersedih,kalau sedih maknanya kita tidak redha dengan ujian Allah", katanya tenang sebaik sahaja nampak wajah saya yang tidak dapat menyembunyikan kesedihan. Perbualan kami kemudiannya menjurus kepada keadaan terkini dan masa depan umno.

Banyak soalan saya yang terpendam telah dijawab beliau dengan baik sekali. Yang penting pesan beliau," setialah dengan umno,kita muhasabah diri,perbaiki lah,jangan sesekali tinggalkan parti yang dah terlalu banyak berjasa kepada kita semua selama ini.Saya mengambil tanggungjawab dan berundur demi kebaikan umno".

Terimakasih Dato Sri. Moga Allah rahmati Dato Sri dunia dan akhirat dan dipermudahkan dari dugaan dan ujian ini.

-Dato Seri Shahaniza Shamsudin

0 comment... add one now