Pekeliling Bayaran Bonus Hari Raya Aidilfitri 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan di Bawah Kerajaan Baharu Pakatan Harapan



Dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan bayaran khas sempena Aidilfitri 2018 sebanyak RM500.00 kepada semua penjawat awam persekutuan.

======
Lihat : Ratusan Jawatan Kosong Ahli Farmasi & Pembantu Farmasi Ambilan 2018
======

Untuk makluman anda juga, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan segala Faedah, Bonus Serta Imbuhan Penjawat Awam Kekal di Bawah Pentadbiran Kerajaan Baru.

Berdasarkan pengumuman tersebut, dikongsikan maklumat bayaran bonus Aidilfitri khas untuk penjawat awam tahun 2018.


Makluman Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Kepada Kakitangan Awam



Bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500.00 untuk penjawat awam ini akan dibayar pada 7 Jun 2018, seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2017 (JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (21)).

Malah, bayaran khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM250.00 juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan yang menerima pencen.

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan syarat bahawa pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2018.

Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018.
Pekeliling Perkhidmatan Awam Berkaitan Pembayaran Khas Aidilfitri 2018

Untuk maklumat penuh mengenai pembayaran khas sempena Aidilfitri 2018 untuk kakitangan awam ini, bolehlah rujuk pada pekeliling tersebut di bawah:


Anda boleh muatturun Pekeliling Perkhidmatan Awam Berkaitan Pembayaran Khas Aidilfitri 2018 melalui pautan di bawah.

Sumber : Kerjaya.co

0 comment... add one now