BANTUAN BPR TAMBAHAN RM 500, RM 300 & RM 100 AKAN DIBERIKAN JUN INI

Perdana Menteri pada hari ini telah mengumumkan Pakej Bantuan PKP 3.0 atau PEMERKASA TAMBAHAN untuk membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas dengan peruntukkan sebanyak 40 Billion Ringgit dengan tiga matlamat iaitu untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.


Info Bantuan 

Bagi meneruskan agenda prihatin rakyat, sebanyak 2.1 billion ringgit diperuntukkan bagi menambah kadar BPR.
  • Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500
           - Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM500
  • Kategori isi rumah yang berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,00
           - Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM300
  • Bujang akan menerima tambahan BPR sebanyak RM100

Tarikh Pembayaran BPR Tambahan 

BPR tambahan ini akan mula dikreditkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini juga merupakan bayaran tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan september nanti sebanyak 2.4 billion ringgit.


Segala info bantuan dan kerja kosong ada di jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada  yang memerlukan . Terima kasih .

Semoga dengan ini dapat membantu semua yang mengalami kesan akibat pandemik ini. Sama sama kita menjaga diri dan sentiasa lindungi yang tersayang .


0 comment... add one now