BANTUAN BULANAN KEWANGAN MAIWP
Disebabkan pandemik yang terjadi di negara kita, kerajaan telah menawarkan satu bantuan khas iaitu bantuan kewangan bulanan MAIWP sebanyak RM 300 sehingga RM 1000 sebulan .Mohon Sekarang !
Info Bantuan
Sejumlah 21,556 keluarga fakir dan miskin di Kuala Lumpur menerima bantuan kewangan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga Mac 2021. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, sejumlah RM131.39 Juta zakat setahun diperuntukkan bagi Bantuan kewangan Bulanan kepada fakir miskin yang layak.
Sehingga kini MAIWP masih membuka permohonan Bantuan Kewangan Bulanan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan di sekitar Wilayah persekutuan. Skim Bantuan Kewangan MAIWP merupakan salah satu skim bantuan yang membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan secara bulanan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan kewangan bulanan MAIWP.
Sehingga kini MAIWP masih membuka permohonan Bantuan Kewangan Bulanan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan di sekitar Wilayah persekutuan. Skim Bantuan Kewangan MAIWP merupakan salah satu skim bantuan yang membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan secara bulanan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan kewangan bulanan MAIWP.
Kadar Bantuan
Antara RM300 hingga RM1,000 Sebulan.
Objektif Kajian
Skim Bantuan Kewangan Bulanan disediakan dengan matlamat untuk:Membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan bulanan melalui akaun penerima atau dan barangan melalui pembekal.
Golongan asnaf yang layak memohon adalah terdiri daripada:
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
SYARAT SYARAT PERMOHONAN
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah
DOKUMEN SOKONGAN
Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah lengkap seperti berikut:- Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan. sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja).
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja).
- Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
- Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
- Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.*
- Satu salinan kad memeluk islam.*
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
- Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
- Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
- Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
- Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
- Satu salinan laporan polis / surat penjara (bagi keluarga bermasalah)*
- Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi (bagi pemohon yang muflis)*
CARA MEMOHON :
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan menyediakan semua dokumen yang dinyatakan di atas dan dihantar bersama borang permohonan berikut:Maklumat Tambahan
Semoga ini dapat membantu andadi dalam masa pandemik ini . Bersama kita menjaga diri kita sendiri . Kekalkan jarak dan patuh SOP . Berhati hati dan sayangi orang tersayang.