Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan satu bantuan khas iaitu bantuan kewangan bulanan untuk warga emas sebanyak RM 350 .Mohon Sekarang !
Info Bantuan
Warga emas juga layak mendapat bantuan sebanyak RM350 setiap bulan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk pengetahuan anda semua, bantuan bulanan ini bertujuan membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan mereka dalam masyarakat serta komuniti.
Kadar Bantuan
Kadar Bantuan Kewangan Bulanan yang diberikan kepada penerima yang layak adalah:
Antara RM350 Sebulan.
Syarat Kelayakan
Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM350 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti berdasarkan kelayakan berikut :- Pemohon berumur 60 tahun ke atas dan warganegara serta pemaustatin di Malaysia.
- Pemohon tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup.
- Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Tidak tinggal di institusi kendalian JKM.
- Tidak tinggal di pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.
Langkah-Langkah Permohonan
- Segala permohonan boleh boleh dibuat secara online di Jabatan Kebajikan Masyarakat
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk mohon bantuan bulanan warga emas JKM :- Salinan fotostat Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
- Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Sertakan salinan salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / Astro) yang menunjukkan alamat rumah.
- Sediakan salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Bekerja Sendiri)
- Dapatkan salinan laporan pegawai perubatan hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (Sakit / Tidak Bekerja)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut, pertanyaan dan sebarang masalah berkaitan bantuan bulanan warga emas JKM, sila hubungi JKM di :- Alamat :Jabatan Kebajikan Masyarakat,Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 Putrajaya
- Telefon : 03-80008000
- Faks : 03-83232045