Gaji RM2422.00 - RM9631.00,450 pengambilan KADET PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK untuk Kursus Diploma Pasca Siswazah 2022. Mohon Segera !

450 pengambilan KADET PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK untuk Kursus Diploma Pasca Siswazah 2022 .Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat tentang peluang pekerjaan di Kerajaan Malaysia yang kini dibuka dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut: 


Maklumat Jawatan Kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

  • Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Tarikh Tutup :7 Jun 2021

Jawatan Yang Ditawarkan : 

  • Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Kelayakan permohonan :

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;-
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00)
  • Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14)
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48)
  • Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
  • Lulus ujian kecergasan.
  • Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Kelebihan:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

Cara permohonan :

Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Info tambahan :

Di Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.Tugas sebagai pegawai Tadbir diplomatik sebagaimana dirujuk dalam laman web SPA adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


Semoga berjaya untuk segala permohonan di jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada  yang memerlukan pekerjaan . Terima kasih .












0 comment... add one now