Jawatan Kosong Penguasa dan Penolong Penguasa Kastam (minimum SPM).Gaji minimum RM 2,094.00. Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat tentang peluang pekerjaan di Kerajaan Malaysia yang kini dibuka dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong Penguasa dan Penolong Penguasa Kastam
1. Penguasa Kastam
Minima Kelayakan : SPMKekosongan : 130
Tarikh Tutup : 11 April 2021
Tarikh Tutup : 11 April 2021
2. Penolong Penguasa Kastam
Minima Kelayakan : SPMKekosongan : 269
Tarikh Tutup : 11 April 2021
Tarikh Tutup : 11 April 2021
Maklumat Jawatan Kosong
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:Penolong Penguasa Kastam WK29
- warganegara Malaysia
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,776.08)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Penguasa Kastam WK41
- warganegara Malaysia
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00) atau
- ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KEPERLUAN BIDANG
Berikut adalah keperluan bidang seperti yang ditetapkan oleh Jabatan:
Penolong Penguasa Kastam
Penguasa Kastam
Cara Permohonan : Klik Di Bawah
Langkah 1Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian Diploma & Setaraf. Pilih jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
Pergi ke bahagian Ijazah. Pilih jawatan Penguasa Kastam WK41 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. Gambar di bawah adalah contoh sahaja. Sila pilih jawatan yang betul.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Info tambahan :
Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai import/eksport negara, pengurusan tertinggi JKDM diterajui oleh Ketua Pengarah Kastam dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman / GST dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia.
Sumber : Jabatan Kastam Malaysia Wikipedia
Semoga berjaya di dalam permohonan yang telah anda mohon di jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada saudara mara, adik beradik dan kawan kawan yang memerlukan pekerjaan . Terima kasih dan jangan mengalah dalam hidup anda semua .