Majlis Belia Malaysia Buka Pengambilan Felo NGO Buat Lepasan SPM. Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat tentang peluang pekerjaan di Kerajaan Malaysia yang kini dibuka dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:
Maklumat Pengambilan Majlis Belia Malaysia
- Nama Majikan : Majlis Belia Malaysia
- Tarikh Tutup : 4 Jun 2021
Jawatan Yang Ditawarkan :
- Felo NGO
Kelayakan permohonan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM/ O Level/ SKM Tahap 1/ SKM Tahap 2/ SKM Tahap 3 atau apa-apa kelayakan
- Mampu bekerja dalam kumpulan
Tugas Felo NGO:
- Melaksanakan dan menyelaras tugas-tugas pengurusan persatuan.
- Membantu menguruskan tugas-tugas pentadbiran persatuan termasuk menjawab panggilan telefon, menjadualkan temu janji dan menyediakan surat-menyurat.
- Membantu menyediakan platform bagi aktiviti berbentuk atas talian bagi penyertaan belia.
- Membantu menyelaraskan dan melaksanakan hebahan program-program yang dilaksanakan oleh MBM / KBS.
- Membantu belia menyertai dan membuat permohonan program SPN secara atas talian.
- Mengenal pasti belia yang memenuhi syarat untuk ditawarkan mengisi jawatan kosong di syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan pihak MBM/KBS.
- Membantu persatuan melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat sosial dan kesukarelaaan dalam kalangan komuniti setempat.
- Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara permohonan :
Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan di Pengambilan Felo NGO
Info tambahan :
Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan badan induk yang menyelaras pertubuhan belia dan pelajar di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 23 Julai 1948 di Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur dengan nama Majlis Belia Malaya.Sumber : MAJLIS BELIA INFO
Semoga berjaya untuk segala permohonan di jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada yang memerlukan pekerjaan . Terima kasih .
Boleh juga lihat jawatan ini :