PEMERKASA 2021: Bantuan 'One-Off' Sehingga RM1,000 Untuk Golongan Yang Terjejas B40

BANTUAN PEMERKASA 2021

Kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan satu bantuan iaitu bantuan PEMERKASA 2021 sehingga RM 1000 sebulan . 


Info Bantuan 

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 dan ke bawah, mereka akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500.

Menurutnya, kedua-dua kategori itu melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.

“Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Perkeso.

“Insya-ALLAH, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.

Kadar Bantuan 

  • Peruntukan Sebanyak RM 1.2 Bilion
  • Tambah beliau, bantuan kehilangan pekerjaan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima.
  • Kerajaan pada Rabu mengumumkan Pemerkasa dengan lima fokus utama melibatkan 20 inisiatif bagi pemulihan serta pemerkasaan negara sepanjang tahun ini.
  • Lima fokus utama itu adalah mengawal penularan Covid-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.








0 comment... add one now