SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang wajib anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:- Beragama Islam
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah di sini
BORANG DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan sebelum anda melakukan sebarang permohonan:- Borang permohonan.
- Satu keping gambar pemohon berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja).
- Untuk anak angkat pula, anda perlu sertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan disini
- Satu salinan penyata pendapatan / pencen / PERKESO. Bagi anda yang tidak mempunyai slip gaji, anda perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan sila tekan ini
- Bagi mereka yang menetap di Labuan, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang telah disahkan oleh ketua kampung.
- Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (Contoh: DBKL, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
- Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
- Satu salinan surat perjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
- Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.
CARA MOHON
Sila buat permohonan di laman MAIWP
Semoga berjaya untuk segala permohonan di jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada yang memerlukan pekerjaan . Terima kasih .