Jom Mohon Segera! Khas untuk Wanita, MARA keluarkan skim pembiayaan khas perniagaan bernilai RM50 000.

Berita baik untuk usahawan wanita, kini Majlis Amanah Rakyat (MARA) ada memberikan bantuan buat wanita yang sedang berniaga. Skim ini merupakan Skim DanaNITA yang memperuntukkan para peniaga untuk membeli keperluan modal pusingan serta membiayai pembelian mesin. DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.


Syarat Syarat Kelayakan :  

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

CARA MEMOHON 

Berikut dikongsikan cara memohon :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh emelkan persoalan / masalah kepada infobpn@mara.gov.my
Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN): (03-26132000).

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

Semoga berjaya untuk segala permohonan di jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada  yang memerlukan pekerjaan . Terima kasih .




0 comment... add one now