Mohon Segera! Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 3.0 Sebanyak RM500 Setiap Orang

Mohon Segera! Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 3.0 Sebanyak RM500 Setiap Orang. Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat tentang peluang pekerjaan di Kerajaan Malaysia yang kini dibuka dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:


Prihatin dengan golongan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Kecemasan. Memandangkan PKP dilanjutkan lagi, MAIWP meneruskan program Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 bagi membantu orang ramai yang memerlukan.

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan PKP akibat penularan wabak COVID-19.

KADAR BANTUAN


Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak:
  • RM500 seorang

OBJEKTIF BANTUAN


Antara objektif bantuan diberikan adalah untuk:

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0:
  • Golongan B40 yang terjejas pendapatan
  • Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  • Pemohon BUKAN merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitumal MAIWP
  • Pemohon BUKAN penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0

CARA MOHON


MAIWP telah membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan secara dalam talian mulai sehingga 30 Jun 2021. Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, mohon sekarang di pautan MAIWP.


Semoga berjaya untuk segala permohonan di jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada  yang memerlukan pekerjaan . Terima kasih .

0 comment... add one now