MOHON SEGERA! Permohonan Bantuan Lockdown (Keperluas Asas) Dari Global Peace Malaysia.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah melaksanakan program bantuan Aid For The Needy (AFTN): LOCKDOWN 2.0. Bantuan ini adalah sebuah respon dan inisiatif daripada GPM terhadap arahan lockdown 2.0 yang dilaksanakan pada 1 Jun. Inisiatif ini dilancarkan bagi membantu mereka yang terputus bekalan makanan sepanjang tempoh lockdown.

Info Bantuan 

Agihan bantuan adalah dalam bentuk keperluan asas dan akan diagihkan secara berfasa mengikut tarikh permohonan dilakukan.

Bantuan akan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan dalam bentuk berikut:

  • PDPE E-Learning
  • Barangan basah
  • Kotak makanan
  • Kit Bayi
  • Kit Kebersihan wanita

Tarikh Permohonan & Agihan

Agihan bantuan akan dilakukan secara berfasa mengikut tarikh permohonan dilakukan.

Tarikh Permohonan:
  • Fasa 1 : 31 Mei – 2 Jun
  • Fasa 2 : 3 Jun – 5 Jun
  • Fasa 3 : 6 Jun – 8 Jun
  • Fasa 4 : 9 Jun – 11 Jun
  • Fasa 5 : 12 Jun – 14 Jun

Tarikh Agihan :
  • Fasa 1 : 3 Jun – 5 Jun
  • Fasa 2 : 6 Jun – 8 Jun
  • Fasa 3 : 9 Jun – 11 Jun
  • Fasa 4 : 12 Jun – 14 Jun

Cara Permohonan 

Individu yang memerlukan bantuan keperluan asas yang ditawarkan dan merupakan golongan yang tidak berkemampuan adalah dipelawa untuk mohon. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui PERMOHONAN BANTUAN LOCKDOWN

Maklumat serahan dan tempoh bantuan adalah seperti yang tertera di dalam pautan diberikan. Semoga kita dapat putuskan rantaian Covid-19 pada kali ini.

Segala info bantuan dan kerja kosong ada di jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada  yang memerlukan . Terima kasih .

Semoga dengan ini dapat membantu semua yang mengalami kesan akibat pandemik ini. Sama sama kita menjaga diri dan sentiasa lindungi yang tersayang .



0 comment... add one now