Sistem eKasih adalah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat kebangsaan untuk merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan oleh Unit ICU daripada Jabatan Perdana Menteri.
Info Bantuan
Mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Manakala Komponen Data eKasih pula terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.Data e-Kasih digunakan oleh kementerian / agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Syarat Permohonan
- Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Warganegara Malaysia
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK semasa yang digunakan adalah PGK 2016. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan (Bandar) atau RM1000 sebulan (Luar Bandar) layak dan digalakkan untuk memohon.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di
EKASIH
Segala info bantuan dan kerja kosong ada di
jawatan kosong terkini . Sila share artikel kerjaya ini kepada yang memerlukan . Terima kasih .
Semoga dengan ini dapat membantu semua yang mengalami kesan akibat pandemik ini. Sama sama kita menjaga diri dan sentiasa lindungi yang tersayang .