Disebabkan peningkatan jumlah kes COVID-19, hal ini menambah lagi kesulitan untuk keluar mencari rezeki. Tidak dinafikan, ramai keluarga semakin terjejas dan sukar memenuhi keperluan harian. Justeru, MyFundAction berbesar hati untuk meringankan beban anda sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0 ini berlangsung. MyFundAction membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat dan pihak rukun tetangga/ ketua kampung/ penghulu di kawasan Selangor & Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan berkelompok bagi kawasan masing-masing.
BENTUK BANTUAN
Antara bantuan yang akan diedarkan kepada individu yang layak adalah:- Pakej 1: Bantuan makanan kering
- Pakej 2: Kit kesihatan dan kebersihan
GOLONGAN SASARAN
Permohonan terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang terjejas terutamanya golongan:- Peniaga kecil
- Buruh
- Pemandu van/ bas sekolah
- Keluarga dijangkiti Covid-19
CARA MOHON
Individu yang terjejas akibat pelaksanaan PKP 3.0 dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh buat permohonan dengan langkah berikut:Sila buat permohonan di laman BANTUAN KHAS COVID-19
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Khas Covid-19 yFundAction, anda boleh hubungi talian berikut: